Masuk hari ini sudah 3 hari papa ditahan di hospital akibat minor strok. Menurut doktor yang merawat papa, ia berpunca daripada darah tinggi, kolestrol yang tinggi dan juga terlalu letih. Sebenarnya kalau bagi pendapat aku...papa terlalu letih. Sebelum ini dia tidak pernah ditahan di hospital walau sakit macamana pun. Adakah itu satu petanda bahawa papa bukan lagi semuda usia dulu?
Semasa melangkah masuk ke wad, sebenarnya aku terlalu sedih melihat tiub air yang terpasang di tangan papa. Pasti sakit!!! kerana aku pernah merasainya. Namun aku sembunyi kesedihan aku dengan mengemas barang pakaian papa yang ku bawa. Ku pandang kedalam mata mama, ada kesedihan didalam matanya. Aku masih ingat lagi begitu kasih dan cinta mama dengan papa. Masa itu aku berusia 9 tahun dan terpaksa tinggal bersama papa. Oleh kerana mama terpaksa berkerja di Miri, Sarawak. Apa yang masih kukuh diingatan aku, masa itu papa sakit. sakit terkena buatan orang ( sema'i ). Keadaan papa teruk..semua isi kulit tertanggal. Keluarga terdekat papa menghubungi mama supaya segera pulang. Mama pulang dan bersama-sama kami. Mama merawat papa tanpa rasa geli atau mengeluh. Mama bersusah payah mencari orang untuk merawat papa sehingga sembuh. Itulah dia kasih dan cinta seorang ISTERI.
Alhamdullilah...aku panjatkan kesyukuran kelmarin papa beransur sembuh, walaupun papa masih pening akibat tekanan kolestrol yang tinggi. Tapi bacaan tekanan darah papa kembali normal. Cuma...badan papa sebelah kanan tidak kuat akibat strok. Aku berharap itu cuma buat sementara...kerana aku masih mau papa mendukung dan bermain dengan cucu-cucunya. Aku berdoa pada Allah S.W.T supaya papa sihat seperti dulu. Aku masih belum boleh berdepan hakikat dan kenyataan sekiranya apa-apa yang akan terjadi pada papa. Aku sanggup kehilangan apa sahaja tapi bukan papa. Yang lain aku boleh cari...tapi papa yang selama ini bersama aku...menyopkong aku...mengasihi aku...walaupun sebenarnya aku sudah banyak melakukan kesalahan besar dan dosa besar. Papa tidak pernah membuang aku malahan memberi aku peluang dan makin bertambah kasih sayang papa pada aku.
Aku sedar, aku satu-satunya anak perempuan papa...tapi aku jugalah satu-satunya anak yang selalu menimbulkan masalah. Dan selepas aku berkahwin, papa masih menyokong aku dan melimpahkan kasih sayangnya pada aku. Aku bertuah ada papa macam dia....Aku lega dan hati aku yang luka sedih terubat melihat senyuman papa kelmarin. Itu tanda dia beransur sembuh.
Kalaulah papa suatu hari nanti terjumpa blog aku ni, aku mau papa tahu. Sebenarnya aku menyesal dengan jalan yang aku pilih dulu sebab buat papa susah hati. Rumah tu biarlah papa...aku nda mau rumah tu kalau papa sakit. Tiada makna semua tu untuk aku..Papa sekarang aku sudah kahwin atas restu dan berwalikan papa. Aku janji, aku didik anak aku macam papa didik aku. Tapi satu ja aku mau, papa jaga kesihatan papa. Papa tahu yang anak perempuan papa ni 'survivor'. Aku masih lagi hidup malahan punya anak perempuan. Kalau orang lain yang ada masalah dan berdepan masalah macam aku mungkin ambil keputusan bunuh diri. Tapi aku masih hidup sampai sekarang sebab kasih sayang papa dengan aku.
Cepat-cepatlah sembuh papa, cepat-cepatlah balik rumah. Kami semua anak-anak papa, cucu-cucu papa rindu sudah suara papa yang teriak di awal pagi marah haikal. Kami rindu sudah dengar suara papa batuk setiap masa. Kami rindu sudah tengok papa duduk dihadapan komputer baca blog dan twitter penulis-penulis kegemaran papa.Dan sudah tentu, sahabat-sahabat papa d masjid tu pun sudah rindu denagn lawak papa.
No comments:
Post a Comment