Somehow we learn who we really are and then live with that decision.

Saturday, January 8, 2011

Nilai berkaitan etika kerja dan amanah

Satu kisah yang ingin dikongsi sebagai bahan pengajaran. Bukan untuk menunding kesilapan yang berkaitan tetapi sebagai peringatan buat diri sendiri.

Pada 6 November 2010 saya telah selamat melahirkan baby girl di Hospital Likas. Tetapi disebabkan saya dan baby dikuatiri akan mengalami komplikasi serius, kami ditahan selama 10 hari disana. Selepas seminggu saya berada dirumah, saya telah meminta pertolongan mama untuk ke sekolah menghantar surat pemberitahuan majikan mengenai cuti bersalin. Syukur Alhamdullilah...lega di dada apabila urusan dengan majikan telah selesai.

Kemudian pada 1 Januari 2011, saya dikejutkan dengan email dari rakan. Jutaan terima kasih buat rakan ini..dia memaklumkan bahawa Puan Pengetua tidak mendapat apa-apa makluman mengenai cuti bersalin saya. Dan bila saya menghubungi Penoolong Kanan 1, ia benar tidak mendapat apa-apa surat pemberitahuan. Terfikir juga surat 2 bulan lepas ityu kemana. saya pujuk hati untuk bersabar dan tenang. Saya bertanya mama, samda surat itu telah diberikan atau belum..manalah tahu mama lupa...menurut mama, dia telah berikan kepada kerani sekolah.

Pada 3 Januari 2011, selepas perhimpunan sekolah saya terus ke pejabat dan bertanya kepada  kerani tentang surat pemberitahuan bersalin tempoh hari. Dengan selamba kerani tu berkata sambil tersenyum..." Alamak kak May, I lupa bagi kat Pengetua Hari tu"....Dalam hati saya masa tu memang tahap terbakar level 5 tapi dengan senyuman saya berkata " Puan, Pengetua tu marah-marah saya dan cakap saya tidak bertanggungjawab dengan kerja. Saya bersalin ceaser dan sekarang ini masih dalam pantang dan cuti. Jadi saya mahu Puan jumpa dengan Pengetua ceritakan segalanya. Sebab itu kecuaian Puan bukan saya"

Alhamdullilah, walaupun Pengetua masih moody sebab kes hari tu...sekurang-kurangnya saya ada keberanian untuk bersuara. Pengalaman di sekolah lama, sudah banyak mematangkan saya. Dan kali ini saya tidak akan biarkan orang mengambil kesempatan diatas kelembutan saya.

Walau apa pun amanah yang diberikan...samada kecil atau besar, jaga dan sampaikan pada yang berhak. Jika tidak ini telah mengambarkan kepribadian kita apatah lagi kita yang berkerja di jabatan.

Saya Maafkan Kamu...

No comments:

Post a Comment